Korang bayangkan lah, betapa azabnya nak menahan kesakitan kalau terkena macam tu.. Huhuhu..
Insiden mengerikan macam tu, bukan pertama kali berlaku.. Dah ramai turut mengalami nasib macam budak perempuan tu.. Ada yang tertusuk besi didada sampai tembus kebelakang, besi tembusi kepala, leher dan banyak lah lagi kalau nak disenaraikan pun..
Kejadian ngeri tu berlaku di Chifeng, China, masa kejadian budak malang tu dikatakan sedang bermain dengan besi berkenaan.. Namun tiba-tiba dia terjatuh hingga mengakibatkan besi tu tertusuk ke mulut dan menembusi ke tengkoraknya..
Budak tu terpaksa dikejarkan ke hospital di Beijing kerana tak pakar di hospital Chifeng.. Sebaik saja tiba kat situ, budak tu dibedah dan besi tu berjaya dikeluarkan..
Nasib baik lah besi tu tak menembusi organ yang penting yang boleh membahayakan nyawa dia.. Macam-macam hal!MissHana/Utaranews.com