Selepas beberapa hari tak kelihatan, seorang lelaki berusia 24 tahun ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan di dalam biliknya, di kediamannya di Samut Prakarn, Thailand.. Korang lihat jer lah, mayat mangsa pun dah bertukar warna.. Kesian mati seorang diri tanpa diketahui siapa..
Mangsa yang dikenali sebagai Udon Thani, 24 ditemui mati dalam keadaan dengan headphone masih berada di kepala dia yang disambungkan pada komputer.. Pihak polis mempercayai mangsa mengalami renjatan elektrik yang menjadi punca kematiannya..
Mangsa yang dikenali sebagai Udon Thani, 24 ditemui mati dalam keadaan dengan headphone masih berada di kepala dia yang disambungkan pada komputer.. Pihak polis mempercayai mangsa mengalami renjatan elektrik yang menjadi punca kematiannya..
Mungkin juga mangsa dah meninggal selama dua hari.. Teman wanita mangsa, Hormmali memberitahu kali terakhir dorang berhubung pun melalui ‘chat’ di Facebook, pada Jumaat lalu.. Mangsa tak ada menunjukkan sebarang perubahan pelik.. Hurmm.. Dah tiba ajalnya..
Selepas beberapa hari tak berhubung dengan mangsa, Hormmali mengambil keputusan untuk pergi ke rumah mangsa.. Sebaik saja tiba, dia cuba membuka pintu rumah menggunakan kunci pendua tapi gagal kerana dikunci dari dalam..
Pada masa tu jugak lah, tiba-tiba dia terbau busuk yang datang dari dalam rumah.. Dek kerana bimbang kejadian buruk berlaku, Hormmali minta bantuan dari pak guard pangsapuri tersebut..
Pak guard tu terpaksa memanjat tingkap rumah mangsa dan terkejut melihat mangsa terlentang dilantai dan kaku.. Mayat kemudiannya dihantar ke hospital untuk bedah siasat..MissHana/Utaranews.com