Tahniah dengan sekali lafaz, penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh telah selamat bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam bin Dato Seri Hj. Mohamed Ismail, 29, di Pulau Pinang sebentar tadi.
Majlis resepsi akan diadakan di Kuala Lumpur pada 8 Januari.
"Saya bersetuju untuk berkahwin dengan pasangan saya Mohamed Shaiful Nizam setelah melihat keikhlasan dan kejujuran beliau sepanjang perkenalan kami. Sifatnya yang sentiasa mengambil berat dan hormat dengan ahli keluarga saya amat menambat hati.
"Beliau juga sentiasa memberi sokongan dalam kerjaya seni dan mahu saya lebih maju dalam bidang ini. Di atas iskap yang ditunjukkan ini menguatkan gerak hati saya untuk menerima lamarannya," ujar Marsha.
Rakan-rakan artis yang dilihat turut hadir seperti Elfira Loy, Michael Ang, Rich, Velvet, Dafi, Adira, Sharifah Sakinah dan Adeline Tsen.
Marsha bertunang pada 14 Disember lalu dalam satu majlis ringkas di kampung Marsha di Sabah. Majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.
Semoga perkahwinan ini kekal abadi bahagia sehingga ke akhir hayat.
Tahniah sekali lagi diucapkan.