Anak bekas peserta Gegar Vaganza ditangkap

Anak kepada bekas peserta program Gegar Vaganza musim kedua dilaporkan terlibat dalam kes curi motosikal di Putrajaya baru-baru ini.  

Remaja berusia 16 tahun itu telah ditangkap pihak polis bersama seorang lagi rakannya yang berusia 18 tahun.

Petikan dari BERNAMA menyebut Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan mengesahkan penangkapan anak penyanyi wanita popular era 80-an itu.  Kedua-dua tertuduh telah pun dihadapkan ke mahkamah Isnin lalu.

"Kedua-duanya telah dituduh pada Isnin lalu di Mahkamah Majistret Putrajaya di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

Anak bekas peserta Gegar Vaganza ditangkap


"Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan perbicaraan ditetapkan pada Februari depan," katanya.

Bagaimanapun, kedua-dua remaja berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis.
Previous
Next Post »
loading...