Seorang demi seorang artis berniaga tudung. Pendek kata, usahawan tudung di kalangan artis memang ramai. Terbaru penyanyi Amy Mastura juga telah melibatkan diri dalam perniagaan ini.
Namun, Amy membuat pengakuan bahawa dia tidak pandai berniaga dan mengharapkan rakan perniagaan untuk membantu dan memberi tunjuk ajar.
"Mula-mula ketika saya berhijab, ramai yang tanya tentang tudung jenama saya sendiri. Daripada pertanyaan itu, terus terlintas untuk buat tudung dari jenama sendiri walaupun saya sebenarnya tak pandai berniaga. Tapi saya boleh belajar untuk berniaga.
"Saya juga sebenarnya tidaklah pandai sangat bergaya dengan fesyen hijab. Saya lebih sukakan yang simple. Tapi bila saya jumpa dengan Ezal dan Alha, sekarang saya dah pandai sikit untuk berfesyen," jelas Amy ceria.

Tambah penyanyi ini lagi, rekaan tudung Ezalha kebanyakan tudungnya adalah tudung segera dan mudah untuk digayakan.
Setakat ini 12 rekaan tudung AmyMastura By Ezalha telah siap untuk dipasarkan.
Tudung-tudung tersebut diberi nama berdasarkan lagu-lagunya seperti Puteri, Kasih, Sha Na Na, Jawapan Kasih dan banyak lagi.