"Saya memasuki GV atas izin suami dan sokongan anak-anak. Tahun ini tak sibuk sangat sebab anak-anak tak ada exam yang besar-besar. Jadi selepas berfikir, ya apa salahnya.
"Alhamdulilah, sejak saya menyertai GV, show dah ada. Sekarang alhamdulilah, kadang-kadang dua tiga show dalam seminggu. Malah sekarang ini pun jadual dah padat sampai awal Januari. Ada call melalui Astro, call saya sendiri dan ada yang inbox di FB pun saya terima. Tak kisah. Saya ok jer.
"Untuk aktif menyanyi, saya mahu aktif tapi saya tak ada cadangan untuk berhenti kerja sebab pencen dan fikirkan keluarga. Setakat ini tiada masalah sebab saya dapat sokongan dari majikan. Kemudian saya utamakan juga keluarga.
"Menyanyi kebanyakkannya pada waktu malam dan Sabtu Ahad. Jadi tidak ganggu waktu kerja saya dan keluarga. Kalau Isnin tu mesti kena masuk kerja dan tetap akan uruskan anak-anak sekolah," ujar ibu tujuh anak ini.
Menyedari Azian punya peminat sekarang ini, Azian ingin membuat perjumpaan dengan para peminatnya itu yang menyokong perjalanan seninya dalam GV selama ini.
"Ya, hajat saya adalah untuk bertemu dengan peminat-peminat saya. Saya nak buat perjumpaan, tak kisahlah jumpa di KL atau di Terengganu. InsyaAllah akan buat.
"Selain bertemu peminat saya juga mahu keluarkan single terbaru untuk peminat dan kepuasan hati sendiri. Ada yang tanya-tanya nak bagi lagu namun kami belum buat perjumpaan lanjut. Sekarang pack sangat kan," ujar Azian lagi.
Untuk pengetahuan umum, Azian bertugas di Bahagian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam Putrajaya. Baru-baru ini, Azian telah mendapat Anugerah Betara Kasih Khas Wanita.