Tidak akan keguguran jika Siti berhenti menyanyi

Beberapa hari lalu, Dato Siti Nurhaliza telah berkongsikan berita kesedihan mengenai kegugurannya setelah dua bulan disahkan mengandung. 

Ramai yang simpati dan berdoa agar penyanyi kesayangan ramai ini tabah menghadapinya. Namun ada seorang wanita yang memberikan pendapatnya bahawa penyanyi itu tidak akan keguguran jika berhenti menyanyi.

Ramai yang berpendapat kenyataan tersebut seperti tidak wajar dan mungkin setelah mengakui kesilapannya, wanita itu segera memohon maaf kepada penyanyi itu.

Siti yang sememangnya memiliki sikap yang cukup sabar telah memaafkan keterlajuran wanita tersebut. Sikapnya ini perlu dicontohi oleh rakan artis lain di mana tidak mudah melatah dalam menerima sebarang komen atau pendapat peminat.

Tidak akan keguguran jika Siti berhenti menyanyi



Previous
Next Post »
loading...