Lawak Nabil semua sudah dirancang

Pelawak Nabil Ahmad pernah menerima kecaman hebat daripada segelintir pihak yang kurang senang dengan lawak jenakanya menerusi program Gegar Vaganza 2. Ada yang menyifatkan gaya pengacaraannya tidak sensitif dan melampau dengan lawak-lawak kasarnya.

Sebenarnya perkara tersebut sudahpun dirancang dan diatur lebih awal,baik dengan pasangan pengacaraanya, Jihan Muse mahupun pihak produksi. Nabil mengakui pihak produksi telah memberi kebebasan untuk mereka untuk mencorakkan jenaka tersebut dan ini sekaligus menyuntik kelainan dalam program berkenaan.

"Pihak produksi bagi kami kebebasan untuk kami sendiri mencorak jenaka yang bagaimana ingin kami sampaikan.

"Kebanyakan lawak yang saya dan Jihan termasuklah lawak-lawak berkaitan hal rumah Datuk Ramli MS juga sudah mendapat keizinan beliau terlebih dahulu. Kami ada sesi latihan dan apa yang saya nak cakap kepada peserta dan juri semua kami sudah tahu," ujar Nabil.

Lawak Nabil semua sudah dirancang


Tidak dinafikan setelah dikritik, Nabil memiliki sedikit kerisauan setiap kali mempersembahkan lawak sebegitu. Dia mengambil pendekatan mengurangkan jenaka tersebut pada minggu ketiga tetapi ramai yang memberi maklum balas bahawa program tersebut kelihatan hambar.

"Ketika awal-awal kena kecam dengan orang ramai, saya juga tidak tahan dan minta untuk 'tone down' sedikit pada minggu ketiga. Namun, selepas tamat rancangan itu, saya dapat maklum balas yang kebanyakkannya tidak suka dan mahu saya jadi diri sendiri. Mereka mahu saya kembali buat jenaka seperti sebelum ini," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran animasi terbaharu Didi & Friends, di Nu Sentral.

Nabil yang sememangnya sudah lali dengan kritikan, turut mengakui konsert itu setiap minggu sememangnya mencabar tambahan peserta semakin berkurangan. Dia terpaksa memerah otak bagi menjadikan program tersebut menjadi menarik untuk ditonton oleh penonton.
Previous
Next Post »
loading...