Pagi tadi Dato' Siti Nurhaliza telah mengumumkan bahawa dia keguguran anak sulung. Berita ini mendapat perhatian ramai termasuklah rakan-rakan artis yang secara tidak langsung memberi kata-kata semangat kepada Siti.
Antaranya adalah Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil.
Menurut Pak Nil, dia turut bersedih dengan apa yang berlaku namun Pak Nil juga percaya ada rahmat yang akan diberikan kemudiannya.
"Siti kena positif. Pak Nil yakin Siti boleh lalui dan reda dengan ketentuan Tuhan. Pak Nil sebagai orang tua di sini akan terus berdoa agar Siti dikurniakan cahaya mata dan peminat Siti pun kena sama-sama berdoa juga untuk Siti," ujar Pak Nil.
Selain Pak Nil, ada juga yang menulis di laman sosial masing-masing seperti jurumekap kesayangan Siti, Nurul Shukor yang menjadi salah seorang teman rapatnya.

Dipetik dari FB Nurul Shukor;
"Kau insan yang banyak bersabar, jujur dan ikhlas...insyaAllah syurga hidup mu dik. Abang doakan CT akan tercapai hajat mu pada suatu hari nanti. Jodoh dan ajal kita hanya Allah saja yang akan menentukannya...love you always."
Bagi Azza Elite pula, dia juga telah berkahwin namun beberapa kali keguguran dan sehingga kini masih belum dikurniakan cahaya mata.
Tulisnya seperti yang dipetik dari FBnya;
"Keguguran itu adalah perkara yang menyakitkan. Sakit sampai rasa ulu hati dihiris-hiris. Sehingga tumpah air mata sampai ianya kering sendiri. Menangislah sampai mengubati sendiri luka yang paling tajam. Hanya yang mengalami merasai ujian hebat ini. Moga setiap ujian terselit satu pahala moga terhadiahnya pelangi nanti indah suatu hari nanti."
Peminat-peminat Siti juga telah menulis di Instagram Siti dengan memberikan ucapan dan kata-kata semangat untuk penyanyi kesayangan mereka itu.
Dan kami di Media Hiburan juga berasa amat sedih dengan berita ini namun kami yakin Siti cukup kuat dan tabah. InsyaAllah, ada rahmat di sebaliknya dan semoga Siti serta Datuk K segera dikurniakan cahaya mata.