Isteri Black hamil 6 bulan

Baru-baru ini penyanyi Black Hanifah telah berkongsikan kegembiraan tentang kehamilan isterinya di laman instagramnya. Isterinya, Cira sah hamil anak kedua dan kini kandungan tersebut sudah berusia enam minggu. Walaupun kandungan tersebut masih dalam peringkat awal, Black tidak kisah untuk berkongsi berita gembira ini.

"Bagi saya benda elok patut dikongsi supaya ramai yang boleh mendoakan kandungan tersebut. Sebenarnya saya berkongsi perkara ini kerana saya sudah bersedia, jadi tidak perlu timbul isu kandungan ini masih awal atau tidak," ujar Black ketika dihubungi.

Sebelum ini Black telah dikurniakan seorang anak lelaki, Khaleef Dayyan yang kini berusia 10 bulan, dan kini dia mengimpikan cahaya mata perempuan pula bagi melengkapkan lagi kebahagian keluarganya.

"Dulu sewaktu anak pertama, saya tidak kisah pun soal jantina. Tetapi apabila dikurniakan anak kedua ini, kalau boleh saya mahukan anak perempuan. Jadi lengkaplah sepasang anak kami nanti. Kalau dikurniakan anak perempuan sememangnya saya gembira tetapi jika dikurniakan anak lelaki, saya tetap bersyukur asalkan anak itu cukup sifat, sihat dan sebagainya," jelas Black.

Isteri Black hamil 6 bulan


Nampaknya sepanjang kehamilan isterinya, Black mengelakkan isterinya dari melakukan sebarang kerja berat bagi mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku. Balck juga turut mengakui yang dirinya cukup memanjakan isterinya sepanjang proses kehamilan.
Previous
Next Post »
loading...