Selepas melahirkan cahaya mata sulung, Yahaira Leanne pertengahan September lalu, perubahan berat badan bagi pelakon Lisa Surihani cukup ketara. Berat badannya meningkat sehingga suaminya, Yusry Abdul Halim sudah mula memberi 'hint' untuk melihat isterinya memiliki bentuk badan seperti sebelum ini.
'Hint' tersebut diberikan kepadanya ketika pasangan ini bersama-sama menonton prebiu filem 'Sinaran' yang berlangsung di Singapura. Lisa Surihani mengakui kini dia sedang dalam proses menurunkan berat walaupun mengetahui sedikit sukar bagi mendapatkan berat seperti sebelum hamil.
"Masa Yusry menontonnya baru-baru ini, dia lihat saya dalam Sinaran dan berkata ‘wow sayang you dalam ni…’
"Saya dengar sahaja saya dah faham. Saya kata, ‘you tunggu sayang, you tunggu. Berikan saya masa. Saya akan kembali kepada 10kg dahulu. Saya harap sangat boleh kembali ke seperti dulu mulai tahun hadapan," ujarnya yang ditemui ketika tayangan perdana filem 'Sinaran'.
Lisa Surihani juga turut berkongsi bahawa dia kini mengikuti program kesihatan PurelyB dan bakal menjalani latihan Body Tone.