Sasha serah isu jodoh pada ilahi

Setelah lebih tiga tahun bergelar ibu tunggal dan membesarkan anak lelakinya, Adam Aryasenna Notosoemarsono bersendirian, Sasha mengakui kini semangatnya lebih kuat untuk berdepan dengan cabaran hidup. Malah penyanyi dan pelakon ini juga tidak pernah menjadikan perkara itu sebagai halangan untuk dirinya terus aktif dalam bidang seni.

Walaupun pernah menerima nasihat dari keluarga dan kawan untuk mendirikan rumah tangga lagi, Sasha lebih selesa menyerahkan isu jodoh pada ilahi. Tetapi wanita ini mengakui sedang berkawan rapat dengan seseorang tetapi enggan merancang hubungan tersebut ke arah yang serius.

"Memang keluarga dan kawan-kawan nasihatkan saya supaya kahwin lagi. Namun sebagai seorang wanita yang pernah dua kali melalui kegagalan dalam rumah tangga, saya jadi lebih berhati-hati. Bukan kerana serik, tetapi saya tidak mahu mencari dan merancang lagi tentang soal yang satu ini. Saya betul-betul serahkan kepada jodoh, kalau ia masih ada untuk saya.

Sasha serah isu jodoh pada ilahi


"Apa pun saya tidak nafikan berkawan rapat dengan seseorang. Dia merupakan bekas rakan sekolah saya dan kami bertemu semula tiga tahun lalu selepas lama tidak berjumpa. Apa pun, kami tidak merancang apa-apa ke arah yang lebih serius,cuma dia sering menjadi teman bual dan antara yang paling rapat dengan saya ketika ini," jelas Shasha.
Previous
Next Post »
loading...