Warga Indonesia miliki pedang samurai

KINABATANGAN: Polis menahan seorang warga Indonesia kerana memiliki 21 straw mengandungi syabu di Ladang United Malacca Millian Labau di Tongod, Jumaat lalu. 

Turut dirampas daripada lelaki berusia 32 tahun itu dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri ialah sebilah pedang samurai serta sebilah keris. 

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A Sahak Rahmat, berkata bertindak atas maklumat, dua anggota yang membuat rondaan di kawasan berkenaan menahan seorang lelaki yang membawa sebilah pedang samurai pada jam 8.35 malam. 

Warga Indonesia miliki pedang samurai


Katanya, ketika pemeriksaan dilakukan, berlaku pergelutan antara suspek dengan seorang anggota polis. Setelah pemeriksaan pada badan suspek, polis turut menjumpai sebilah keris kecil di pinggang kiri, 21 straw mengandungi syabu yang disimpan dalam saku seluar suspek, katanya di sini, hari ini. - BERNAMA

Previous
Next Post »
loading...