Marko Arnautovic mencipta gol kemenangan bagi mengaibkan Chelsea pada minit ke-53. Kekalahan terbaharu itu pasti terus memberikan tekanan kepada pengurus dari Portugal yang tidak bersama anak buahnya pada perlawanan itu.
Ini kerana Mourinho menjalani hukuman larangan satu perlawanan salah laku ketika perlawanan menentang Southampton lalu. Ia adalah kekalahan ketujuh Chelsea dalam 12 aksi Liga Perdana Inggeris setakat ini dan terburuk sepanjang kerjaya Mourinho.
Kali terakhir Chelsea mencatatkan kekalahan terbanyak pada musim 1978/1979. Di tangga liga Chelsea kini menduduki tangga ke-16.