Seri Najib menyaksikan Kejohanan Formula E (ePrix) FIA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai beribu-ribu rakyat Malaysia menyaksikan Kejohanan Formula E (ePrix) FIA pusingan Putrajaya yang berlangsung dalam suasana hebat dan meriah. 

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor kelihatan terhibur dengan perlumbaan penuh aksi itu yang disertai 10 pasukan, masing-masing menurunkan dua pelumba, untuk beradu dalam 33 pusingan di litar sepanjang 2.56-km di pusat pentadbiran persekutuan ini. 

Sejurus tiba pada 1.30 tengah hari, Perdana Menteri yang diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Formula E, Alejandro Agang dan Pengerusi Formula E Malaysia, Datuk Seri Johan Young, meluangkan masa beramah mesra dengan anggota pasukan yang mengambil bahagian di paddock, sebelum perlumbaan dimulakan. 

Seri Najib menyaksikan Kejohanan Formula E (ePrix) FIA


Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. Najib kemudian menyampaikan trofi kejohanan kepada Lucas Di Grassi daripada pasukan ABT Schaeffer Audi Sport, yang muncul sebagai juara. Perdana Menteri juga memandu uji sebuah kereta elektrik Tesla Model S. 

Kejuaraan ini membuka tirainya di Beijing pada 24 Oktober dan akan berakhir di London pada 7 Julai tahun depan. Pusingan Putrajaya adalah kedua dalam siri ini. 
-- BERNAMA
Previous
Next Post »
loading...