Aznil sambung kontrak dengan Astro

PULAU PINANG: Pengacara popular tanah air, Datuk Aznil Nawawi mengesahkan yang dirinya sudah menyambung kontrak bersama stesen televisyen berbayar, ASTRO sejak Oktober lalu. 

Perkembangan itu diumumkan beliau sebentar tadi dalam satu sambutan majlis hari lahirnya ke-53. Ia sekali gus menamatkan spekulasi dan teki mengenai dirinya yang sebelum ini tidak akan menyambung kontrak bersama stesen berkenaan. 

"Selepas berbincang dengan ASTRO, akhirnya saya akan menyambung semula khidmat bersama mereka. "Berapa lama itu saya rasa tak perlu dedahkan. Tapi ia boleh saya katakan dalam tempoh yang lama," katanya kepada BH Online. 

Aznil sambung kontrak dengan Astro


Selepas sedekad bersama ASTRO, khidmat Aznil bernoktah pada hujung September lalu. Ketika itu Aznil masih belum membuat keputusan sama ada mahu menyambung kontrak. Aznil menyambut hari lahirnya yang ke-53 semalam.
Previous
Next Post »
loading...