Ramai yang mahukan Shahir dan Erra akan bersatu sebagai suami isteri

Ramai yang mahukan Shahir dan Erra akan bersatu sebagai suami isteri

Kunjungan penyanyi Shahir bersama keluarganya ke rumah selebriti popular Erra Fazira pada hari raya pertama minggu lalu mencetuskan pelbagai spekulasi. Ramai yang mengandaikan pasangan ini akhirnya akan bersatu sebagai suami isteri selepas dikatakan bercinta sejak beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, Erra menafikan perkara itu dan memberitahu Shahir dan keluarganya hanya sekadar beraya dan bukanlah menghantar rombongan merisik. Tiada sebarang perbincangan pun mengenai perkahwinan mereka.

Ramai yang mahukan Shahir dan Erra akan bersatu sebagai suami isteri

“Memang Shahir dan keluarganya ada datang ke rumah pada hari raya pertama lalu. Namun, ingin saya tegaskan, kunjungan itu sekadar untuk beraya. Tiada majlis merisik atau apa-apa yang berkaitan dengan hubungan kami.

“Malah, kami tidak berpakaian sedondon pun. Lagipun, saya dan keluarga Shahir sudah saling mengenali, jadi tiada masalah untuk mereka datang beraya,” katanya kepada BH Online.

Ramai yang mahukan Shahir dan Erra akan bersatu sebagai suami isteri

 Ramai yang mahukan Shahir dan Erra akan bersatu sebagai suami isteri

Ditanya mengenai status hubungannya bersama Shahir, Erra masih menegaskan mereka tidak bercinta dan sekadar berkawan sahaja. Hangat.com mendoakan agar pasangan ini berkekalan hingga ke Jannah, in shaa Allah, aamiin!
Next
This is the current newest page
Previous
Next Post »
loading...