Suspek yang dikenali sebagai Sudir, 50 tahun dikatakan membunuh Suardi, 60 tahun menggunakan golok yang juga merupakan rakannya.
Malah insiden itu pada mulanya berlaku apabila mangsa dikatakan melambai tangan seolah-olah mengejeknya dari atas sampan ketika memancing ikan.
Kerana tidak tahan menerima ejekan, suspek yang turut mempunyai dendam lama bertindak merapatkan sampannya ke sampan mangsa lalu melibas lelaki itu bertubi-tubi.
Sebaik sahaja melibas mangsa, suspek kemudian pulang ke rumah dan memberitahu keluarganya mengenai kejadian itu, lapor portal berita Tegas.co.
Ketua Polis Wolo, Iptu Abdul Rahkman berkata, insiden itu berlaku kerana diejek selain dendam lama kerana isterinya diambil mangsa.
Katanya, pihaknya turut merampas golok yang dipercayai digunakan suspek untuk membunuh mangsa.