Wakil rakyat BN cadang hukum pelaku sumbang mahram dicucuk besi panas

Dewan Rakyat, hari ini, digemparkan dengan satu lagi cadangan ganas daripada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) untuk menghukum pelaku sumbang mahram iaitu, dicucuk dengan besi panas.
Ahmad Lai Bujang (BN-Sibuti), berkata hukuman berkenaan perlu dilaksanakan supaya pelaku merasai sendiri apa yang dilakukan mereka kepada mangsa.
Wakil rakyat BN cadang hukum pelaku sumbang mahram dicucuk besi panas
“Kalau boleh, Yang Di Pertua, saya mencadangkan lelaki yang mengerjakan ini, kita bakar satu besi panas dan cucuk kepada dia, supaya dia berasa bagaimana sedihnya perasaan orang yang terkena perkara begini,” katanya ketika sesi pertanyaan lisan, di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau bertanyakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun.
Terdahulu, Azizah menjawab pertanyaan Dr Siti Mariah Mahmud (Amanah-Kota Raja) berkenaan bentuk perlindungan dan kebajikan yang diberikan kepada mangsa jenayah seksual kanak-kanak dan keluarganya, selepas pesalah yang menjadi tempat bergantung dijatuhkan hukuman.
Ahmad berkata hukuman seperti yang dicadangkannya itu wajar dilaksanakan kerana mangsa dan keluarga mereka akan mengalami kesan dan tekanan akibat daripada perbuatan salah laku pelaku.
“Apabila kanak-kanak ini dicabul oleh bapa, bapa saudara, keseluruhan keluarga dia tertekan. Begitu juga adik beradik mangsa akan tertekan.
“Bagaimana kita nak menghindarkan dendam keluarga kepada pemangsa yang buat perkara tidak senonoh kepada anak saudara dia, kerana kita tahu dendam tidak akan terhakis,” katanya.
Semalam, Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mencadangkan supaya kerajaan mengikut jejak kerajaan Filipina yang mengambil tindakan amat tegas dengan menembak mati pengedar dadah yang enggan menyerah diri dalam menghentikan perbuatan pengedaran dadah.
Previous
Next Post »
loading...