Gaji RM30 kerja 11 jam...Kita boleh buat ke ?

Jakarta adalah tempat yang sudah tidak asing lagi untuk kita rakyat Malaysia. Jakarta juga antara salah satu tempat percutian buat rakyat Malaysia. Di sini terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati.
Gaji RM30 kerja 11 jam...Kita boleh buat ke ?
Selain itu, Jakarta juga terkenal sebagai tempat yang mempunyai kepadatan penduduknya. Dianggarkan seramai 10 juta orang telah menghuni ibu kota Indonesia itu.
Jadi memang sudah tidak hairan lagi jika jalan raya di sana dipenuhi dengan kenderaan. Terperangkap dengan kesesakan lalu lintas juga adalah perkara biasa. Malah, keadaan jalan raya di sana semakin riuh apabila sudah menjadi budaya rakyat Indonesia untuk membunyikan hon kenderaan mereka tanpa henti meminta diberikan laluan.
Disebabkan kepadatan penduduk itu juga, ramai rakyatnya sanggup melakukan apa sahaja kerja asalkan mendapat duit. Jika hidup di Jakarta, memang anda akan kenal erti susahnya mencari sesuap nasi.
Tempat yang paling mendapat kunjungan orang luar dan juga menjadi salah satu tempat untuk rakyat Indonesia mencari duit adalah di Pasar Tanah Abang, pusat perdagangan teksil terbesar di Asia Tenggara.
Gaji RM30 kerja 11 jam...Kita boleh buat ke ?
Alang, 21, sanggup bekerja sebagai pengangkat barang di Pasar Tanah Abang demi mencari duit untuk dirinya dan keluarga di kampung. Alang bekerja 11 jam sehari dan upah yang diberikan setiap kali mengangkat barang sekitar RM1.50 hingga RM3.
Malah, Alang juga terpaksa bersaing dengan hampir 900 lagi rakan pengangkut barang yang lain. Jika mereka tidak berebut-rebut mencari pelanggan, memang agak sukar untuk mereka mendapatkan duit. Upah yang diberikan mengikut kemurahan hati pemberinya.
“Terserah kepada pelanggan. Ada beri 5000 rupiah. Ada 10,000 rupiah,”
“Mencari wang memang susah di sini. Semua orang harus bekerja keras. Upah saya terima juga tak menentu. Kadang dapat sikit, kadang dapat banyak. Walau pun kami ada Supervisornya tapi upah kami ambil sendiri,” katanya.
Sepanjang dia bekerja sebagai pengangkat barang dari jam 7.00 pagi hingga jam 5.00 petang, upah yang paling tinggi dia pernah terima adalah RM30 sehari. Gaji RM30 untuk kerja selama 11 jam, adakah kita mampu untuk melakukan perkara seperti itu?
Menurutnya, dia pernah memikul beban berat 100 kg di bahu tetapi upah yang diberikan padanya hanya RM10. Walau apa sahaja upah yang diberikan mereka tetap akan menerimanya kerana mereka sesekali tidak boleh memaksa.
Adakah anak muda kita sanggup untuk melakukan kerja seperti yang dilakukan oleh Alang hanya untuk mencari duit? Ramai anak muda kini yang pandai merungut dan ada yang sanggup menganggur kerana terlalu memilih kerja dan demand gaji.
Sedarlah, banyak lagi manusia di luar sana yang mengalami kesusahan hidup untuk mencari nafkah. Mereka sanggup melakukan apa sahaja kerja asalkan halal dan dapat menampung hidup. Anak muda kita pula hanya tahu berseronok dan jika tidak cukup duit hanya tahu minta pada ibubapa.- utaranews
Previous
Next Post »
loading...