Rani Kulup cuba pikat Datuk Vida

Kalau jodoh tak ke mana! Selepas hangat berita mengenai pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman bersedia untuk mendirikan rumah tangga semula, nampaknya ramai jejaka yang mahu mencuba nasib memikat jutawan itu.
Rani Kulup cuba pikat Datuk Vida
Kalau sebelum ini Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida memberitahu media tempatan bahawa ada jejaka dari luar negara termasuk Finland dan Scotland yang mengirimkan emel menyatakan mahu memperisterikannya.
Bahkan, Vida yang kini popular dengan lagu terbaharunya ‘I Am Me’ mempunyai citarasa tersendiri dalam memilih pasangan baharu apabila menjelaskan bahawa calon suaminya perlulah bermata kelabu, kaya dan boleh menerima hobinya yang suka membeli-belah.
“Dia kenalah ada karakter yang saya mahukan iaitu bermata kelabu tapi ada ke calon-calon seperti itu?
“Dia juga kenalah terima diri saya seadanya. Lelaki mana yang sanggup terima kalau sekali shoppingsaya borong 14 handbag terus? Pengsan lelaki tu,” katanya memetik mStar Online.
Meskipun Vida sudah meletakkan ‘syarat’ bahawa bakal suaminya perlu mempunyai karakter tersebut, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah, Abdul Rani Kulup seolah tidak mempedulikan semua itu apabila dia juga melahirkan hasrat untuk berkahwin dengan Vida.
Menurut Abdul Rani yang mesra dengan panggilan ‘ayah’, dia boleh menjadi seorang suami yang baik buat Vida dan mengharapkan ahli perniagaan itu dapat menerimanya selepas tiga kali gagal dalam perkahwinan.
“Ayah boleh menjadi suami yang baik,” katanya memetik Sinar Online.
Abdul Rani turut menyatakan bahawa kedua-dua isterinya ‘tidak kisah’ sekiranya dia mahu berkahwin lain.
“Isteri-isteri Ayah ‘steady’,” jelasnya ketika ditanya mengenai penerimaan isteri-isterinya mengenai hasrat untuk memperisterikan Vida.
Abdul Rani yang cukup sinonim dengan penampilan berkaca mata hitam juga melahirkan keinginan untuk berduet dengan Vida.
Bagaimanapun, dia menyerahkan kepada Vida untuk memilih lagu yang akan mereka berduet.
Vida, 46, sah bercerai dengan Fairuz Ahmad Zainuddin di Mahkamah Syariah, Ipoh pada awal April lalu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama lelaki itu.
Jadi, kita tunggu jawapan Vida mengenai hasrat Abdul Rani untuk memperisterikannya. Harap Abdul Rani boleh buka cermin mata, mana tahu ‘bermata kelabu’.
Previous
Next Post »
loading...