Anak kambing lahir wajah macam syaitan

Seekor anak kambing telah lahir dengan wajah yang mengerikan di sebuah ladang di wilayah San Luis, Argentina.  Kelahiran anak kambing dengan wajah yang mengerikan itu telah membuatkan penduduk tempatan berasa takut lalu menghubungi polis untuk melaporkan penemuan aneh.
Menurut laporan The Mirror, penduduk tempatan sangat takut dengan bentuk muka anak kambing yang dikatakan seperti ‘syaitan’ disebabkan muka anak kambing itu kelihatan seperti sedang marah.
Anak kambing lahir wajah macam syaitan
Pemilik anak kambing itu, Gladys Oveido, mengakui yang dia juga sangat terkejut ketika melihat muka kambing belaannya itu.  Namun, selepas saja dia melihat kambing itu, dia tahu yang itu adalah kecacatan.
Gambar anak kambing itu telah telah menjadi tular di media sosial selepas di muat naik oleh menantu Glaydys.  Menurut Glaydys, dia mengakui tidak terkejut jika gambar anak kambing itu mendapat perhatian orang ramai di media sosial.
Glaydys menyatakan, “Bayi kambing yang lain semuanya normal, ia hanya mengalami kecacatan di bahagian kepalanya. Apa yang berlaku adalah sangat luar biasa”.
Menurut Daily Mail, anak kambing itu mempunyai mata yang terkeluar dan rata seperti manusia, tidak mempunyai hidung dan mukanya kelihatan seperti sedang marah atau ‘evil’.
Namun, anak kambing itu hanya boleh hidup selama tiga jam selepas kelahirannya.  Gladys menyatakan yang dia cuba untuk memberikan anak kambing itu susu dengan menggunakan sudu, tetapi kesihatannya menurun dengan cepat, lalu mati selepas tiga jam.
Gladys juga menyatakan yang dia tidak pasti kenapa anak kambing itu boleh lahir dengan kecacatan seperti itu.  Kejadian kelahiran aneh anak kambing yang berlaku itu adalah kes pertama terjadi di wilayah San Luis.
Previous
Next Post »
loading...