Klang: Empat hari tidak menjamah nasi adalah lumrah buat suami isteri, Nur Syafira Abdullah, 30, dan suaminya yang hanya mahu dikenali sebagai Hafrizal, 27, yang tinggal di Kampung Delek, Klang berikutan kesempitan hidup.
Pada masa sama, jika kesempitan wang, mereka hanya memberi anak, Muhammad Aidil Aiman, empat bulan, dan Nur Atiqah Aqisha, 16 bulan, minum air masak atau susu krim dicampur air sebagai pengalas perut.