Semakin ramai yang terbuka dan menerima jus kunyit sebagai satu alternatif menyihatkan badan.
Jika sebelum ini ia lebih sinonim dengan wanita bersalin, namun sejak banyak jus kunyit dipasarkan secara komersil sebagai satu suplemen, ia tidak dianggap asing lagi.

Malah ramai yang berebut mencubanya. Antara kelebihannya adalah untuk kecantikan kulit, menyembuhkan luka dalaman, meringankan badan, merawat sakit sendi, dan masalah dalaman wanita.
Namun, rasanya lebih baik jika jus kunyit dibuat sendiri secara home made. Jangan risau, berikut merupakan satu resepi yang dipetik daripada doktor sendiri iaitu Dr. Zubaidi yang terkenal di media sosial.
Dan kali ini, lelaki juga boleh mencubanya, bukan sahaja wanita ya.
Selamat mencuba!
Cara-caranya:
1. Untuk menghasilkan jus, kunyit hidup 2 inci hendaklah dibersihkan kulitnya dan direndam selama satu jam dengan dicampur sedikit garam untuk membuang getah.
2. Kisar kunyit dengan lima gelas air. Tapis dan masukkan dalam botol kaca. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air lagi bersama asam keping serta sedikit madu. Simpan dalam peti sejuk.
3. Minum suku cawan setiap pagi dan malam. Amalkan jus ini seminggu dua kali sahaja sudah mencukupi.