KEMENTERIAN Luar hari ini mengesahkan tiada
rakyat Malaysia yang terbabit dalam kebakaran awal pagi Rabu di Grenfell Tower,
North Kensington, London.
Bagaimanapun, rakyat Malaysian yang hadir atau menetap
berdekatan kawasan berkenaan dan memerlukan bantuan konsular agar menghubungi
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London di alamat berikut: Pesuruhjaya Tinggi
Malaysia, London No. 52, Bedford Row London WC1R 4LR Tel: +44 207 235 80333
E-mail: mwlondon.kln@1govuc.gov.my
"Kementerian Luar menyampaikan simpati yang mendalam
kepada mangsa yang terbabit dalam insiden tersebut," katanya.
Menurut laporan berita, blok apartmen setinggi 27 tingkat
itu musnah berikutan api besar yang dipercayai berlaku sebelum 1 pagi waktu
tempatan. Lebih daripada 250 anggota bomba dan penyelamat bertungkus-lumus
menyelamat para penghuni dengan 100 anggota polis dan 100 petugas perubatan
turut berada di tempat kejadian.
Polis mengesahkan terdapat sejumlah angka kematian
sementara Perkhidmatan Ambulans London berkata 50 orang dibawa ke lima hospital
setakat 8 pagi.