Persepsi buruk tidak menjejaskan kerajaaan JOHOR

Iskandar Puteri: Cubaan sesetengah pihak yang membawa persepsi buruk kepada kerajaan tidak menjejaskan keyakinan pelabur asing untuk melabur di negeri ini.
Persepsi buruk tidak menjejaskan kerajaaan JOHOR
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Johor mencatatkan pelaburan yang paling tinggi bukan sahaja pelaburan domestik, tetapi pelaburan asing yang sekali gus menunjukkan adanya keyakinan pelabur kepada kerajaan negeri.
€Ini satu fakta yang kita perlu sedari, fahami dan hayati, walaupun mungkin ada pihak yang tidak yakin dan cuba membawa persepsi buruk kepada kerajaan, tetapi pelabur asing nampaknya yakin kepada kerajaan negeri.
Kadangkala, apa-apa pun yang dibuat sesetengah pihak, kita hanya boleh mentertawakan kerana, kadang-kadang kita sibuk bekerja, perlu hiburan, jadi kita anggap itu sebagai hiburan,”€ katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Samsol Bari Jamali (BN-Semarang) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-13, di Kota Iskandar di sini, hari ini.
Samsol Bari dalam soalannya bertanya apakah wujud unsur sabotaj daripada mana-mana pihak yang cuba mengganggu kemasukan pelaburan ke negeri ini.

Mohamed Khaled berkata, jumlah permohonan pelaburan bagi tempoh lima tahun sejak 2012 yang berjaya ditarik ialah sebanyak RM116.1 bilion.
Previous
Next Post »
loading...