Melbourne: Seekor kucing yang saiznya tiga
kali lebih besar daripada kucing biasa mungkin dinobatkan sebagai kucing
terpanjang di dunia.
Kucing dinamakan Omar yang seberat 14 kilogram itu dari
baka maine coon menjadi popular di Internet selepas gambarnya disiarkan di
akaun Cats of Instagram yang mempunyai lebih 8 juta pengikut.
Selepas gambar Omar tular, pemiliknya Stephy Hirst, dari
Melbourne dihubungi Rekod Dunia Guinness yang berkata kucingnya itu mungkin
yang terpanjang di dunia.
Susulan itu, Stephy berkata, dia akan menghantar ukuran
Omar kepada mereka.
Ketika ini, rekod kucing terpanjang ialah milik seekor
lagi maine coon di United Kingdom yang sepanjang 118.33 sentimeter.
Bagaimanapun, Stephy mendakwa panjang Omar ialah 120
sentimeter.
“Selama ini memang kami agak dia mungkin kucing
terpanjang di dunia tetapi tidak melakukan apa-apa kerana dia belum cukup
dewasa,” katanya.
Dia dan teman lelakinya Rowan memelihara Omar sejak
kucing itu kecil lagi.
Omar diberi makan dua senduk biskut pada setiap pagi dan
daging kangaru mentah untuk makan malam.
Seperti kucing lain, dia juga kuat tidur.
“Omar tidur
di atas sofa kerana dia terlalu besar untuk tidur bersama kami di atas katil,”
kata Stephy.