Mempunyai
tubuh pendek membuat seseorang gadis kehilangan kepercayaan diri. Ramai gadis
menganggap tubuh pendek yang dimilikinya merupakan suatu kekurangan.
Setelah membaca artikel ini, anda akan mengetahui bahawa
tubuh pendek sebenarnya adalah anugerah yang mungkin tidak pernah anda sedari
sebelum ini.
Mengapa demikian? Untuk lebih jelas, semak
kelebihan-kelebihan seseorang gadis mempunyai badan yang pendek.
Dipilih
oleh ramai lelaki
Seorang lelaki akan memilih lelaki yang lebih pendek
darinya daripada lelaki yang lebih tinggi daripada lelaki tersebut ketika
mencari seorang kekasih. Hal ini disebabkan kerana lelaki menganggap gadis yang
tinggi lebih berkemungkinan mengancam dirinya. Maksudnya, peratusan peluang
untuk gadis pendek mendapatkan seorang kekasih menjadi lebih besar jika
dibandingkan dengan gadis yang bertubuh tinggi.
Pendek
itu comel
Lelaki mana yang tidak suka dengan gadis comel bukan?
Hampir semua lelaki pasti menyukai gadis yang comel. Alasannya adalah kerana
gadis kelihatan lebih comel, sedangkan istilah comel sendiri sesuai dengan
seseorang yang bertubuh pendek dan kecil.
Kelihatan
lebih muda
Percaya atau tidak, orang yang pendek akan kelihatan
beberapa tahun lebih muda daripada usia asalnya, begitupun pula sebaliknya,
lelaki yang tinggi akan kelihatan lebih tua daripada umur sebenarnya. Tentunya,
anda lebih senang dengan keadaan tubuh pendek namun kelihatan lebih muda
daripada bertubuh tinggi tetapi kelihatan lebih tua bukan?
Sedap
dipeluk
Salah satu penyebab lelaki anti bercinta dengan gadis
yang tinggi adalah kerana tidak sedap ketika dipeluk. Boleh dibayangkan bukan
apabila sepasang kekasih saling berpelukan namun wajah teman lelakinya harus
mendongak ke atas ketika bersama dengan kekasihnya yang lebih tinggi. Semua
perkara itu tidak akan terjadi jika bercinta dengan lelaki pendek.
Seolah
perlu perlindungan
Seorang lelaki rasa bangga dan yakin diri ketika mampu
melindungi orang yang dicintainya. Secara naluri, keperluan psikologi untuk
melindungi ini boleh dilakukan dengan gadis yang pendek. Gadis pendek di mata
lelaki seolah memerlukan perlindungan, kasih sayang dan perhatian. Lain halnya
dengan gadis tinggi, mereka nampak lebih berdikari dan tidak memerlukan peranan
lelaki.
Tidak
akan memutuskan hubungan
Lelaki menganggap gadis yang tinggi mempunyai tahap
kepercayaan diri yang tinggi sehingga boleh melakukan perkara bersifat angkuh
seperti memutuskan hubungan secara sendiri atau hal-hal yang lain. Oleh sebab
itu, lelaki akan rasa lebih selesa apabila bersama dengan gadis yang lebih
pendek darinya kerana mereka menganggap gadis pendek lebih memahami.
Pendek
itu ideal
Entah apa alasannya, sehingga kini ramai gadis pendek
rasa kurang keyakinan diri. Sebenarnya sudah tiada lagi alasan untuk berfikiran
sebegitu. Bukankah fitrahnya memang idealnya seorang gadis seharusnya lebih
pendek daripada lelaki? Baik gemuk pendek atau kecil pendek, selama lelaki
tidak segan bersama anda, mereka akan sentiasa kelihatan menawan di mata
lelaki.
Itulah huraian tentang pelbagai kelebihan gadis yang
bertubuh pendek. Setiap orang tidak akan sempurna selama dirinya selalu rasa
serba kekurangan. Semua orang mempunyai kelebihan dan kekurangannya
masing-masing, syukurilah apa pun keadaan diri kita kerana dengan bersyukur
kecantikkan sebenar yang ada di dalam hati akan memancar keluar. Bagaimana?