Jika orang dahulu berpantang memang adalah perkara yang amat penting perlu diamalkan. Segala pantang larang semasa berpantang akan dituruti dan tidak akan pernah dilanggar oleh ibu berpantang.
Namun begitu, apabila zaman sudah mula berubah ramai juga ibu berpantang mengambil mudah amalan berpantang. Ibu berpantang merasakan berpantang secara tradisional ini adalah sesuatu yang melecehkan.
Sebab itu sudah tidak terkejut apabila melihat ibu berpantang semasa masih dalam tempoh pantang ada yang keluar berjalan-jalan sambil membawa anak. Malah, ada perkara yang sering dilakukan oleh ibu berpantang sekarang adalah tidur dalam bilik berhawa dingin.
Seorang wanita berkongsi pengalaman sikap ibu melanggar pantang ini akan menyebabkan mereka melalui frasa ‘mati putik’ iaitu wanita akan tak ada nafsu untuk bersama dengan suami.
“Langgar pantang tidur dalam bilik beraircond. Alasan wajib yang selalu saya dengar anak(bukan newborn ya) tak tahan panas, newborn tak tahan panas, ibu tak tahan panas, dan suami tak tahan panas.
“ Pendapat saya tidur dalam bilik beraircond biar pun temperature hanya 25°c dikira sejuk ya. Ibu-ibu yang tidur dalam bilik beraircond sekup kepala, pakai stokin, pakai baju lapis-lapis dikira bersejuk ya.
“Ibu-ibu dalam pantang yang kerap ber aircond, malah tidur dalam aircond mudah terkena serangan bentan urat (demam menggigil seluruh badan), meroyan urat ( simptom arthiritis – sakit2 sendi) dan meroyan bulu (mudah rasa seram sejuk) selepas bersalin.
“Nasihat saya, jika anak-anak yang dah besar dan suami anda tak tahan tidur tanpa aircond, anda kenalah berkorban tempat dengan tidur di tempat lain sepanjang pantang 44 hari.
“Berpisah tempat tidur 44 hari bukan bermaksud anda buang anak2 yang lain. Ia adalah tanda kesungguhan anda untuk cepat sembuh supaya genap 44 hari berpantang, anda menjadi ibunyang lebih sihat dan mampu luangkan banyak masa berkualiti dengan anak2.
“Kadang2 bila melihat balik ibu yang dah dihinggap sakit melunai selepas tamat tempoh berpantang, saya menyaksikan sendiri betapa mereka “rimas” dengan kehadiran anak2 kerana si ibu sibuk melayan sakit2 badan yang tak surut2 selepas bersalin.
“Newborn dilahirkan dari kantung ketuban yang panas. Mereka dah biasa berpanas selama 10 bulan dalam perut ibu. Jadi alasan bayi tak tahan panas lebih kepada observation ibu pada ruam2 di badan bayi dan rengekan bayi.
“Sebab tu mak2 kita dahulu dia tak tala kipas kat anak2 baru lahir. Dia pakaikan anak bedak sejuk. Lepas tu baju anak kapas nipis. Bedungnya juga dari kain batik/pelikat lusuh. Zaman sekarang anak di fashionkan gaya anak lahir dkt UK. Mana budak tu tak mengamuk.
“Yang suaminya pula. Kalau nak tidur dengan isteri, kenalah berkorban. Belajar tidur tanpa aircond dengan kipas yang seminima mungkin.
Jangan sibuk mengelar isteri derhaka, kerana wanita yang banyak beraircond lambat laun akan melalui frasa mati putik dimana mereka akan menjadi lebih derhaka apabila mereka langsung tak ada nafsu untuk bersama dengan anda.
Jangan sibuk mengelar isteri derhaka, kerana wanita yang banyak beraircond lambat laun akan melalui frasa mati putik dimana mereka akan menjadi lebih derhaka apabila mereka langsung tak ada nafsu untuk bersama dengan anda.
“Cuba jadi jantan sejati sikit. Fikirkan khasiat berpantang ini untuk jangka masa panjang. Demi keharmonian rumahtangga kalian sehingga terputus nyawa.
“Buat ibu2 muda yang akan berpantang, siap2 beli kipas tangas. Jangan cuba dilangkah pantang larang nan satu ni. Jangan jadikan badan anda sebagai bahan ujikaji.
“Kerana sekali badan dah mula sakit2 akibat tidak berpantang, ubatnya mahal. Kesannya berpanjangan. Anda akan tua sebelum usia. Fikir-fikirkan, biar merana 44 hari dari merana 44 tahun,” tulisnya. MissA/UtaraNews.com