Melakukan kebaikan kepada ibu bapa merupakan suatu perintah dari Allah SWT kepada setiap muslimin dan muslimat. Sebagai seorang anak kita diingatkan agar melakukan kebaikan dan membalas jasa kedua ibu bapa.
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan membalas jasa ibu bukan bererti memberi wang. Wang bukanlah satu-satunya medium untuk membalas atau mengenang jasa ibu bapa. Ramai menganggap dengan memberi wang kepada ibu bapa, maka dia beranggapan ‘sedang’ membalas jasa ibu bapa. Sedangkan membalas jasa ibu bapa lebih luas daripada itu.
Menyara ibu bapa dan adik beradik memang tanggungjawab anak. Tetapi saraan itu adalah sekadar memenuhi keperluan ibu bapa dan bukan untuk memenuhi kehendak ibu bapa. Kita kena bezakan keperluan dan kehendak.
Tidak bermakna mahu membalas jasa ibu bapa dan adik beradik. Anak perlu memenuhi semua kehendak meraka. Itulah yang dilalui oleh seorang suami apabila dirinya telah diambil kesempatan oleh keluarganya sendiri. Segala perbelanjaan ibu bapa dan adik beradiknya lelaki ini perlu tanggung.
“Saya baru 3 tahun berkawin dan punya seorang anak lelaki. Perkhawinan saya atas dasar suka sama suka. Perkahwinan kami pada awalnya tak direstui keluarga pihak suami. Macam-macam tomahan yang mereka lemparkan keatas saya dan keluarga saya.
“Tapi sekarang alhamdulillah segalanya dan mula baik mil dan saya pun dah pernah bercakap melalui telepun tapi belum pernah bersua muka. Yang buat saya stress sangat dengan sifat adik ipar saya. Memang sebelum ini dia tak suka saya menjadi isteri abang dia. Dulu masa couple dia selalu buat saya gaduh dengan abang dia macam-macam cara dia dah buat tapi kami masih bersama sampai nikah yang sah.
“Kalau jodoh takkan kemanakan, ipar saya ini jenis selera tinggi. Semua barang dia nak yang branded bergaya tak sesuai dengan kemampuan. Sampai 1 tahap dia dah habis belajar dan minta hadiah kereta dari abang dia (suami saya). Masa itu dia belum kerja lagi suami dah belikan dia kereta dengan perjanjian selepas dia kerja kereta dia bayar sendri.
“Tapi lepas dia kerja dah setahun lebih baru dua kali dia bayar kereta dia. Setiap awal bulan macam-macam alasan dia berikan mengelak dari membayar kereta. Maksudnya nak minta bayar kereta itu dengan abang dia. Mula-mula saya diamkan tetap makin di diamkan makin menjadi. Sampai nak bayar rodtax pun kami yang kena tanggung.
“Saya tak sukanya dia selalu tipu abang dia nak beli benda lain tak dapat bayar kereta padahal dia beli benda-benda yang tak berfaedah pun. Dia langsung tak risau pembayaran kereta dia bulan-bulan. Semua itu dia suruh suami saya yang fikir. Patutkah macam itu, suami saya pun jenis anak yang baik patuh dengan ibu dan jenis tak berkira dengan kluarga dia
“Memang sifat yang terpuji tetapi mil saya pun sama juga dengan anak perempuan dia. Selalu sangat membebankan suami saya minta sesuatu luar dari kemampuan suami. Saya kesian tengok suami saya dan geram pun ada. Saya sangat berharap mil dan ipar duai faham situasi kita orang.
“Banyak hajat kami tak kesampaian disebabkan nak ikut kemahuan mereka itu. Sampai saya bergadai emas disebabkan nak penuhi keinginan mereka. Sekarang saya lebih bersikap tertutup tak nak rapat sangat dengan ipar dan mertua saya. Makin saya layan makin banyak kemahuan mereka.
“Berdosakah saya berbuat demikian, saya cuba merawat hati dan menjaga hati sendiri. Untuk pengetahuan sekarang saya mengandung anak kedua, maka makin beratlah tanggungjawab suami saya mudahan Allah s.w.t murahkan rezeki suami saya. Boleh menggembirakan dan mencukupi semua kebutuhan keluarga kecil kami dan keluarga besar,” tulisnya. MissA/UtaraNews.com