Mahathir Memang Terbukti Kuat Berdendam Dan Pantang Kalah

Ada lagi yang menganggap Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai malaikat dan pari-pari bersayap putih yang tiada dosa bercahaya saja muka apabila dipandang, sejuk hati melihatnya.
Namun disebalik wajah tidak bersalah dan acah-acah sucinya itu, tersemai perbuatan kejam, kuat berdendam serta perangai pantang kalah dalam diri Pengerusi Parti Cap Bunga tersebut, tapi ramai orang tak tahu atau lebih tepat mereka pejam mata sahaja.
Mahathir Memang Terbukti Kuat Berdendam Dan Pantang Kalah
Ingatkah korang pada ketika UMNO dibubarkan serta semua hakim-hakim tertinggi negara dipecat kerana Mahathir menyedari bahawa dia akan kalah dalam pemilihan parti pada tahun 1988.
Tidak cukup dengan itu, peristiwa Memali dimana berpuluh-puluh orang terbunuh apabila orang yang disasarkan tidak sanggup untuk ditangkap dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang di bawah Akta ISA.
Sikap pendendam dan pantang kalah Mahathir juga begitu menonjol apabila dia menarik semula semua projek lebuhraya untuk Kelantan kerana kalah dalam pilihanraya. Tindakan Mahathir itu telah menyeksa rakyat dan mereka terpaksa mengharungi jalan yang merbahaya serta mengancam nyawa selama berdekad-dekad.
Bukan itu sahaja, Mahathir turut membatalkan semua projek air bersih untuk Kelantan sehingga menyebabkan berpuluh-puluh kanak-kanak serta anak muda mati dan beribu-ribu lagi rakyat Kelantan sakit akibat penyakit kolera.
Mahathir bukan sahaja bertindak kejam terhadap rakyat Kelantan setelah kalah dalam pilihan raya, dia juga melakukan perkara yang sama apabila kalah dalam pilihan raya di Terengganu.
Dia sanggup menganiaya seluruh rakyat Terengganu dengan menarik semula wang minyak atau subsidi untuk rakyat Terengganu, sepatutnya ia menjadi milik mereka akan tetapi disekat oleh Mahathir.
Itu adalah antara edisi kekejaman, sifat dendam, perangai pantang kalah dan sifat busuk hati Mahathir. Semuanya menjadi rahsia kerana pada ketika itu dunia kurang pendedahan dan teknologi media sosial kurang canggih seperti ketika ini. – TiraGomez/UtaraNews.com
Previous
Next Post »
loading...