TAHNIAH diucapkan kepada pelawak terkenal Fad Bocey bersama isterinya, Syaheera, 22, kerana tidak lama lagi bakal menimang cahaya mata ketiga.
Berita gembira itu dikongsi Fad, 26, menerusi laman Instagramnya, semalam.
Menerusi perkongsian itu, Fad juga sempat bergurau seolah-olah menyatakan harapannya yang mahukan kembar perempuan pula untuk kelahiran kali ini.
“Syukur Alhamdulillah, rezeki Allah untuk kami lagi… Adakah kembar girl kali ni???hmmmmmm…hahahahahahah,” katanya.
Difahamkan, usia kandungan isteri Fad baru mencecah 5 minggu dan dia dijangka bersalin pada awal Disember ini.
Terdahulu, pasangan ini dikurniakan anak kembar lelaki bernama Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan yang dilahirkan pada 11 Disember 2015.
Apa pun, diharapkan kandungan Syaheera berada dalam keadaan baik dan semoga apa yang diimpikan Fad termakbul. – MYNEWSHUB.CC