APPLE dikatakan bakal melancarkan model peranti terbaharu mereka iaitu iPhone 8 antara September hingga November depan.
Sempena menyambut ulang tahun iPhone ke-10, Apple dijangka menampilkan peranti pintar paling radikal dengan gabungan reka bentuk dan perkakasan terkini.
Mengikut khabar angin, iPhone 8 hadir dengan pelbagai ciri terbaru termasuk skrin berteknologi OLED, resolusi lebih tinggi daripada model sebelumnya dengan 2800×1242 piksel selain skrin berukuran 5.8 inci.
Bahkan, iPhone 8 juga dikhabarkan tampil kamera depan tiga dimensi (3D).
Ia turut dikatakan akan menggunakan bingkai berasaskan keluli, selain badan berasaskan kaca, lebih kurang seperti pernah hadir pada iPhone sebelum ini.
Iphone 8 turut dijangka tidak menyertakan butang “Home” fizikal pada telefon pintar terbaru mereka kelak.
Dari segi harga, jika iPhone 7 Plus versi 256GB sendiri sedia dijual pada harga RM4799, maka tidak mustahil untuk kita melihat edisi khusus ditawarkan pada harga melangkaui daripadanya. – MYNEWSHUB.CC