Cara Untuk Mengenal Pasti Jenis & Kelajuan Storan Peranti Android Anda

Baru-baru ini terdapat satu isu perbezaan jenis storan yang digunakan pada Huawei P10, merangkumi penggunaan storan berasaskan eMMC dan UFS.
Ia sekaligus memberikan kelajuan yang berlainan pada setiap unit Huawei P10 yang dijual, tidak seperti yang diperkatakan pada halaman info produk peranti mereka.
Cara Untuk Mengenal Pasti Jenis & Kelajuan Storan Peranti Android Anda
Isu ini telah mengakibatkan peranti sesetengah pengguna mengalami kelajuan yang agak perlahan, terutama ketika membuat pemindahan data dari komputer atau sebaliknya.
Storan berasaskan eMMC dan UFS boleh dikatakan membawa perbezaan kelajuan yang agak ketara, dengan jurang perbezaan kelajuan sekitar 100-500MB/s.
Untuk mengenal pasti jenis storan yang digunakan pada telefon anda, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan menjalankan ujian benchmark untuk storan dalaman peranti.
Sebagai permulaan, anda perlu mengggunakan aplikasi AndroBench yang boleh dimuat-turun pada halaman Google Play Store secara percuma.
Selepas memasang aplikasi tersebut, mulakan proses benchmark storan peranti anda dengan menekan butang “Run All Benchmarks”. Proses ujian ini akan berjalan sekitar 1-3 minit. 
Previous
Next Post »
loading...