SUAMI mana tak sayang isteri kan.. Orang kata kalau sayangkan isteri dan sentiasa nak hangatkan perhubungan rumah tangga, perlu ada elemen kejutan atau surprise untuk mencambahkan lagi bibit-bibit cinta di antara satu sama lain.

Contohnya macam penyanyi Black Hanifah ni, walaupun dari segi luaran mungkin Black tak kelihatan romantik dengan isterinya, Cira Khairy tapi siapa menyangka penyanyi berkulit hitam manis ini boleh membuat kejutan yang sama sekali boleh mengharukan buat sang isteri tercinta.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Black menunjukkan sebuah video di saat isterinya dikejutkan dengan pemberian kereta mewah Mini Cooper berwarna putih.
Kata Black dalam video itu, “Hadiah selama berkahwin, saya bagi ini.”
Black atau nama sebenarnya Mohd Hanifah Hanafiah, 30, berkahwin dengan Cira atau nama lengkapnya Naquira Yasira pada 13 September 2013.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Khaleef Dayyan yang kini berusia dua tahun. – MYNEWSHUB.CC