Isu yang cukup hangat menjadi bualan netizen sekarang adalah isu berkaitan dengan krisis diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara. Isu ini hangat diperkatakan kerana Korea Utara bukan seperti negara lain.
Regim Pyongyang Kim Jong-Un terkenal dengan tindak tanduk yang kerap mencabar kuasa besar lain terutamanya Amerika Syarikat.
Beberapa hari lalu, Kim Jong-Un telah menunjukkan kekuatan dengan melancarkan peluru berpandu ke arah Laut Jepun. Maka dengan pelancaran peluru berpandu itu telah membuatkan netizen lemah semangat dan meminta kerajaan Malaysia untuk mengalah.
‘Habislah kita, nuklear depa boleh sampai kat Malaysia kot!’ kata netizen.
Komen-komen dari netizen ini menunjukan ramai netizen bercakap tanpa menggunakan sebarang ilmu. Sebaiknya netizen sepatutnya bercakap menggunakan ilmu, jangan menunjukkan diri ada seperti tidak berpelajaran sebelum menulis sebarang komen di media sosial.
Mampukah Kim Jong-Un itu menyerang Malaysia dengan menghantar peluru berpandu dari Korea Utara membawa kepala peledak nuklear dan mengancam keselamatan Malaysia? Sebenarnya perkara itu tidak akan berlaku, kenapa?
Pertama, jarak minimum di antara tempat pelancaran peluru berpandu Korea Utara dan Malaysia adalah 4,210 km (Kudat) hingga 4,952km (kuala Terengganu). Sebenarnya Korea Utara tidak mempunyai peluru berpandu balistik yang boleh ditembak sejauh 5,000km.
Untuk menembak peluru berpandu balistik antara benua (‘inter-continental ballistic missile’ – ICBM) yang boleh terbang sejauh 5,000km. Namun Korea Utara tidak berjaya membangunkan ICBM. Percubaan terakhir Korea Utara menguji ICBM bernama ‘Taepodong-2’ pada tahun 2006 telah gagal.
Yang Korea Utara main tembak ke laut Jepun itu ialah peluru berpandu jarak pendek (‘short-range ballistic missile’ – SRBM – maksimum 600km).
Kedua, jangan kata Malaysia, ruang udara Korea Selatan pun Korea Utara tidak dapat menembusi. Ini kerana tindakan melulu Kim Jong-un pada Isnin lepas telah membolehkan Amerika Syarikat menyempurnakan sistem pertahanan peluru berpandu ‘Theater Missile Defense’ (TMD) yang dibangunkan selepas Korea Utara melancarkan Taepodong-1 pada 31 Ogos 1998. Tujuannya adalah untuk melindungi sekutunya, Jepun dan Korea Selatan.
Konsep pertahanan peluru berpandu (‘missile defense’) adalah untuk memusnahkan peluru berpandu menggunakan peluru berpandu yang bertindak sebagai penangkis (‘interceptor’). Peluru berpandu yang dilancarkan ke udara akan melalui 4 fasa: ‘boost’, ‘ascent’, ‘mid-course’ dan ‘terminal’.
Apabila peluru berpandu berada di fasa ‘boost’ atau ‘ascent’, radar dalam sistem akan dapat mengesan ia dan memberi isyarat kepada penangkis untuk menembak jatuh (‘hit-to-kill’) peluru berpandu ketika ia memasuki fasa ‘terminal’.
Jadi, peluru berpandu dimusnahkan sebelum ia sempat mendarat dan meletup. Dengan itu, ‘missile defense’ juga dikenali sebagai ‘missile shield’ kerana ia umpama perisai yang memayungi objek lindungan daripada ancaman peluru berpandu.
Setiap negara mempunyai konsep pertahanan peluru berpandu tersendiri. Jangan ingat dengan mudah setiap negara itu boleh disasarkan peluru berpandu tanpa negara itu mempunyai sebarang penangkis serangan untuk mengelakkan negara mereka menjadi mangsa peluru berpandu dari negara lain.
Ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu, sebenarnya Malaysia juga mempunyai sistem pertahanan udara yang dapat menangkis serangan peluru berpandu. Malaysia memiliki sistem peluru berpandu permukaan-ke-udara (‘surface-to-air missile’ – SAM) yang memainkan peranan seakan sama dengan THAAD, antaranya Rapier. Kalau peluru berpandu Korea Utara berjaya memasuki ruang udara Malaysia pun, ia pun boleh ditembak jatuh.
Ramai sebenarnya rakyat Malaysia yang boleh jadi penganalisis perang tanpa perlu belajar tinggi dan mempunyai sebarang ilmu. Hanya perlu ilmu berkata-kata di media sosial sahaja rakyat Malaysia boleh jadi penganalisis perang. Anda mahu jadi penganalisis perang yang mana satu? Penganalisis perang di media sosial? – MissA/UtaraNews.com