Isteri Yang Memiliki Suami Berperangai Miang Akan Lebih Bahagia

Sebut sahaja tentang suami miang, pasti ramai yang risau kerana merasakan suami yang miang adalah suami yang akan berlaku curang pada pasangan. Tetapi, percaya atau tidak suami miang sebenarnya akan menjadikan isteri lebih bahagia. Mesti ramai isteri sudah mula berfikir pelik bukan.

Jangan salah faham, suami miang itu bukan bermaksud suami menggatal dengan perempuan lain dan perkara itu boleh membuatkan isteri lebih bahagia. Tidak. Tetapi, suami miang itu sebenarnya suami yang mempunyai beberapa jenis yang membuatkan rumah tangga bahagia.
Isteri Yang Memiliki Suami Berperangai Miang Akan Lebih Bahagia
Suami miang ialah suami yang suka berjenaka, gemar mengenyit mata, memberi flying kiss yang hanya dilakukan pada isteri sendiri. Lelaki seperti ini akan membuatkan hubungan itu menjadi lebih menarik dan tidak hambar walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga.
Sifat miang yang terdapat pada suami juga sebenarnya boleh digunakan untuk memujuk isteri. Kaum wanita memang cukup terkenal sebagai kaum yang kuat merajuk dan suka marah-marah.
Walaupun hanya perkara-perkara kecil sahaja dalam rumah tangga boleh membuatkan kaum wanita merajuk.
Kalau isteri tengah merajuk, macam-macam cara yang suami boleh lakukan untuk hilangkan merajuk isteri. Isteri memang senang untuk merajuk dan isteri juga senang untuk dipujuk.
Cuba peluk dari belakang dan bisikkan kepadanya ‘Abang minta maaf kalau abang ada buat salah’. Allah telah cipta satu hormon yang dirembeskan oleh pituitary gland ke dalam darah dengan cepat, iaitu horman oxytocin untuk bagi seseorang itu menjadi tenang apabila dipeluk. – MissA/UtaraNews.com
Previous
Next Post »
loading...