Gara-gara suami bebal, wanita ini terima 375 saman

RIYADH: Pihak berkuasa trafik Arab Saudi membebaskan seorang wanita daripada kesalahan lalu lintas dan denda yang mencecah 300,000 riyal (RM355,171).
Kesalahan dan denda itu sebaliknya dipindahkan kepada suaminya selepas dia sebenarnya didapati memandu kereta berkenaan ketika itu.
Januari lalu, wanita yang dikenali Narmeen menyiarkan rayuan dalam akhbar Okaz meminta pihak berkuasa menyiasat kesalahan itu selepas beliau menerima notis di telefon bimbit menyatakan kereta yang didaftarkan menggunakan namanya melanggar undang-undang sebanyak 375 kali.
Gara-gara suami bebal, wanita ini terima 375 saman
Wanita tidak dibenarkan memandu di Arab Saudi tetapi dibenarkan mendaftarkan kereta atas nama mereka. Narmeen menjelaskan kesalahan itu berlaku selepas beliau memfailkan perceraian.
Bapa Narmeen juga muncul dalam klip video meminta pihak berkuasa trafik di Jeddah menyiasat perkara itu.
“Sebaik mendengar kes itu, kami melancarkan siasatan dan memperoleh maklumat daripada wanita yang memiliki kereta.
“Kami mengambil tindakan perlu dan memindahkan kesalahan kepada rekod suaminya kerana dia sebenarnya memandu kereta dan melanggar undang-undang.
Kami juga mengambil kereta itu dan diserahkan semula kepada pemiliknya,” kata ketua trafik Jeddah, Sulaiman Al Zikro. Narmeen berkata, beliau gembira kerana keadaan sudah diperbetulkan.
Previous
Next Post »
loading...