G-SHOCK X Maharishi Edisi Khas, Akhirnya Tiba Di Malaysia

Agak susah sebenarnya untuk koleksi kolaborasi G-Shock untuk sampai di Malaysia. Tetapi koleksi edisi khas bersama jenama maharishi ini akhirnya tiba di Malaysia. Jam ini dilancarkan pada bulan November tahun lalu sempena ulang tahun ke-20 jenama maharishi.
G-SHOCK X Maharishi Edisi Khas, Akhirnya Tiba Di Malaysia
Maharishi adalah jenama dari England yang terkenal dengan motif military pada setiap koleksinya. Jam G-SHOCK Mudman ini juga tidak terkecuali dari terkena tempias motif askar dan hasilnya memang sangat menawan.
G-SHOCK X Maharishi Edisi Khas, Akhirnya Tiba Di Malaysia
Jam model Mudman ini dilengkapi dengan barometer untuk bacaan suhu, kompas digital, mud resistant serta tahan lasak pada suhu rendah. Jadi kalau anda nak panjat gunung Everest, ini jam yang anda boleh KIV untuk pembelian.
Motif British Bonsai Forest dicetak pada tali jam ini ditambah dengan engraving logo maharishi pada bahagian belakang.
G-SHOCK X Maharishi Edisi Khas, Akhirnya Tiba Di Malaysia
Kalau anda mencari jam yang sangat tahan lasak, edisi khas dan menawan, jam ini untuk anda. Harga jualannya adalah RM3,999 dan boleh dibeli di cawangan G FACTORY Malaysia.
Collector G-SHOCK tegar kena cepat. Nanti habis anda menangis pula. Lihat video di bawah untuk lihat secara penuh keseksian jam tangan ini. 
Previous
Next Post »
loading...