Dua kanak-kanak mati selepas jatuh dari tingkat 5 Shopping Mall

TIANJIN, CHINA: Akibat terlepas daripada dakapan bapa mereka, dua kanak-kanak kecil mati terjatuh lima tingkat di sebuah pusat beli-belah di Tianjin.
Kejadian tragik itu berlaku akibat si bapa tidak mendukung kedua-dua anaknya itu dengan cukup erat ketika berdiri dekat susur teres di tingkat tiga, menurut Daily Mail yang memetik media China.
Menurut Huanqiu.com, kedua-dua mangsa adalah pasangan abang dan adik berusia sekitar dua atau tiga tahun.
Dua kanak-kanak mati selepas jatuh dari tingkat 5 Shopping Mall
Kedua-dua kanak-kanak itu dikatakan didukung bapa mereka ketika bersiar-siar di pusat beli-belah Joy City bersama ibu mereka dalam kejadian pada 27 Februari lalu itu.
Seorang pegawai polis memberitahu Tianjin Daily, ketika si bapa berdiri di teres tingkat tiga, salah seorang anaknya yang didukungnya, terlepas dari pelukannya dan terjatuh.
Si bapa cuba menyelamatkan anaknya itu, namun malangnya, anaknya yang lagi satu turut terlepas dari dukungannya dan terjatuh.
Kedua-dua kanak-kanak itu jatuh tersembam ke bumi dari tingkat tiga ke besmen pusat beli-belah tersebut, dan meninggal dunia serta-merta, menurut Daily Mail.
Sekeping gambar yang diterbitkan media China menunjukkan seorang lelaki melutut di hadapan dua kanak-kanak yang terbaring kaku dan berlumuran darah, sambil menangis terisak-isak.
Ibu bapa kedua-dua mangsa sudah disoal siasat polis dan siasatan sedang dijalankan.
Previous
Next Post »
loading...