Adik Lelaki Sanggup Rakam Video Bogel Kakak

Penting dalam mendidik anak-anak ajaran Islam, kerana Iman yang boleh menjadi pagar kepala melakukan kemungkaran. Pernah mendengar tentang adik merogol kakak atau abang merogol adik? Kes ini berlaku apabila nafsu menguasai diri.
Perkara yang haram dan darah daging sendiri sanggup dirogol hanya untuk memuaskan nafsu. Oleh itu pentingnya mendalami ilmu Islam. Dalam Islam ada mengajar tentang menjaga aurat walaupun dengan adik beradik sendiri.
Adik Lelaki Sanggup Rakam Video Bogel Kakak
Walaupun hubungan adik beradik, aurat antara adik beradik masih perlu dijaga. Kadang-kadang perkara ini terlalu diambil mudah, ada antara kaum hawa keluar sahaja bilik air dalam keadaan berkemban dan dilihat oleh adik beradik lelaki walaupun rasa itu adalah adik beradik sendiri, tetapi setiap manusia mempunyai nafsu.
Seorang wanita mendedahkan bahawa adik lelakinya telah merakam aksi kakaknya sedang bogel di dalam bilik ketika memakai baju menggunakan telefon bimbit. Kejadian itu telah membuatkan dirinya dan adik beradik yang lain kecewa.
“Saya anak sulung dari 5 adik beradik, saya dah berkahwin dan ada seorang anak. Suami saya kerja jauh jadi saya tinggal dengan adik beradik. Ayah sudah meninggal dan mak pun sudah kahwin baru, mak tinggal dengan suami dia. Jadi saya yang tinggal di rumah cuma saya, anak dan adik beradik saya.
“Saya ada seorang adik lelaki dan pagi tadi ada perkara yang tidak diingini berlaku. Adik perempuan saya tengah bersiap untuk pergi kerja, dia mandi dan bersiap dalam bilik. Tiba-tiba dia terkejut kerana ternampak telefon adik lelaki saya ada di dalam almari tengah merakam video adik saya sedang pakai baju. Kami pun tidak pasti bila masa adik lelaki saya letak telefon dia di situ.
“Dia cuba nak rakam aksi adik perempuan saya pakai baju dan adik perempuan saya rasa dikhianati dengan adik sendiri. Apa patut saya buat pada adik lelaki saya? Kalau ayah masih hidup mesti ayah akan marah sangat. Kami semua terkejut dan masih tidak bercakap dengan adik lelaki saya,” tulisnya. – MissA/UtaraNews.com
Previous
Next Post »
loading...