Sejak beberapa hari lalu viral dilaman media sosial berkait kes 4 beradik ditinggal mati bapa, ibu hilang pula entah kemana di jawa barat.
Susulan kes viral kerkenaan Camat Tanjungmedar, E Heri Purnama mengatakan pihaknya telah membentuk satu pasukan untuk menangani anak yatim yang ditinggalkan oleh ibunya itu, Ahmad Revan Febriana dan ketiga-tiga adiknya yang masih berusia 5 bulan.
“Banyak bantuan yang datang selepas kes viral dilaman media sosial dan harus dibentuk kumpulan untuk menguruskan bantuan kerana tak mungkin anak kecil itu mengurusnya sendiri.
Kumpulan ini juga ikut membantu mengasuh anak-anak ini, kami sudah menghubungi ibunya melalui telefon tapi masih tidak dapat dihubungi lagi,” kata Heri.
Ia mengatakan jika ibunya pulang, maka akan diberi bantuan modal untuk berusaha dan menyara kehidupan mereka.
“Untuk kepastian, kami menunggu ibunya pulang dan kalau sukar untuk dihubungi mereka akan menghubungi keluarga dari sebelah bapanya yang ada di Jakarta,” katanya.
Sehingga ke hari ini Bantuan terus mengalir ke anak yatim ini. Badan Amil Zakat Nasional (BAZNas) Sumedang mengirimkan bantuan makanan dan juga wang.
“Kami akan terus membantu keluarga ini dan nanti akan diberi bantuan modal untuk mereka, ” kata Ali Badjri, Ketua BAZNas Sumedang.