Tayar Melantun Timpa Kepala Pejalan Kaki

MALANG tidak berbau. Seorang lelaki mengalami retak di bahagian tengkorak dan dada selepas sebiji tayar yang tercabut daripada sebuah kenderaan telah terkenanya, ketika dia sedang berjalan bersama isterinya di kaki lima di Ipatinga, Brazil.

Tayar Melantun Timpa Kepala Pejalan Kaki

Roberto Carlos Fernandes, 50, terkena tayar berkenaan yang melantun daripada seberang jalan. Disebabkan ia datang dari arah belakang maka Roberto tidak dapat melihat tayar terbabit.
Dia telah dibawa ke hospital dan kini berada dalam keadaan stabil.
Tayar Melantun Timpa Kepala Pejalan Kaki
Insiden berkenaan telah dirakamkan CCTV dan dimuatnaik ke media sosial oleh seorang wartawan, Gil Souza.
“Menurut saksi, tayar itu adalah milik sebuah lori dan ia disangkut di bahagian gandar di belakang kenderaan terbabit.
“Ia merupakan kemalangan yang menakutkan di mana tayar itu melantun ke kepalanya,” kata Gil.
Polis bagaimanapun menyatakan pihaknya telah menonton rakaman CCTV berkenaan tetapi tidak dapat mengenalpasti dari mana ia datang. – MYNEWSHUB.CC
Previous
Next Post »
loading...