Suspek Ke-4 Warga Korea Utara Ditahan Polis

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia berjaya menangkap suspek keempat lewat Jumaat dalam siasatannya berhubung kematian Kim Jong-nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Menurut portal The Star, lelaki berusia 47 tahun itu memegang pasport Korea Utara semasa diberkas pada Jumaat. Dia dilaporkan sebagai salah seorang daripada empat lelaki yang diburu polis bagi kes pembunuhan itu.
Suspek Ke-4 Warga Korea Utara Ditahan Polis
Agensi berita rasmi Malaysia, Bernama turut melaporkan bahawa suspek berkenaan dicekup setelah pasukan polis menyerbu sebuah unit kediaman kondominium di Jalan Kuchai Lama dekat ibu negara.
Perkembangan terbaharu ini berlaku selepas pihak polis berjaya melakukan penangkapan tiga suspek masing-masing dua orang di Klia2, Sepang dan seorang lagi di Ampang, Selangor.
Seorang wanita yang memegang pasport Vietnam yang dikenal pasti sebagai Doan Thi Huong, seorang wanita warga Indonesia Siti Aisyah, dan teman lelakinya seorang rakyat Malaysia Muhammad Farid Jalaluddin.
Jong-nam dibunuh ketika menuju ke dewan perlepasan Klia2 pada Isnin lalu untuk menaiki penerbangan ke Macau, China. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Previous
Next Post »
loading...