Sebelum Ruhainies ke tanah suci baru-baru ini dia telah memuat naik satu video di laman instagramnya.
Video itu memaparkan kemesraannya dengan adik lelakinya, Nul Aiman. Dilihat dalam video itu adiknya telah mencium Ruhainies sambil memeluknya.
Kemesraan yang ditunjukkan itu telah mendapat komen-komen yang pedas daripada netizen.

Bagi Ruhainies pula dia menganggap kemesraan antara dirinya bersama adiknya itu adalah sesuatu yang normal sebagai adik beradik.
“Semua yang kenal saya tahu mengenai hubungan rapat saya dengan adik dan ahli keluarga lain. Orang yang rapat dengan adik beradik pun akan melakukan perkara yang serupa,” katanya.
Ruhainies juga berkata bahawa dia tidak menyangka yang video bersama adiknya itu akan menjadi viral.
“Niat saya baik. Saya langsung tidak menyangka yang rakaman video tersebut menjadi satu isu besar yang menjadi pertikaian sesetengah pihak.”
“Saya tak ambil pusing mengenai komen buruk yang diberikan oleh sesetengah pengguna internet yang tidak bertanggungjawab. Bagi saya, perkara tersebut tiada salahnya.” katanya lagi. – mh