DUBAI – Seorang putera diraja Arab Saudi dilaporkan sanggup membeli tiket jet penumpang untuk menempatkan 80 burung helang peliharaannya.
Gambar yang disiarkan menerusi laman Reddit segera menjadi tular, menunjukkan sekawan helang yang ditutup mata diletakkan dalam kapal terbang, setiap daripadanya diikat dengan selamat di kerusi.
Pengguna Reddit menulis: “Seorang rakan saya mengirimkan gambar ini. Putera Arab Saudi membeli tiket untuk 80 ekor burung helangnya.”
Pengangkutan helang, yang juga burung rasmi simbol Emiriah Arab Bersatu, bukanlah amalan luar biasa di rantau Asia Barat.
Ia boleh mendapatkan pasport hutan hijau sendiri untuk berada di negara itu. Ia membolehkan haiwan itu mengunjungi Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, Pakistan, Maghribi dan Syria.
Laman web Qatar Airways juga menyatakan maksimum enam helang boleh dibawa masuk ke kelas ekonomi.
Jurucakap syarikat penerbangan Flydubai berkata, unggas itu perlu ada tempat duduk sendiri dengan kain diletakkan di bawahnya untuk mengelakkan kemalangan.
Etihad Airways juga membenarkan helang dibawa masuk ke dalam pesawat. – AGENSI