Orang beratur panjang beli tudung berharga RM300 sehelai

Duck Scarf dikatakan sebagai jenama tudung yang paling mahal di Malaysia di negara kita sekarang ini. Mahal mungkin disebabkan jenama itu sendiri, jenis kain, design, corak dan dari segi faktor faktor lain juga. Bagi mereka yang mampu dan suka menggayakan tudung berjenama dan mahal, itu pilihan masing masing.
Tudung mahal atau tidak, yang penting kita pilih tudung yang menutup aurat dengan betul bukan fesyen semata mata. Dalam lambakan pelbagai jenis tudung yang ada sekarang ni, jadilah seorang muslimah yang bijak memilih jenis tudung yang sesuai dan yang penting selesa dipakai selain mengutamakan ciri ciri menutup aurat.
Orang beratur panjang beli tudung berharga RM300 sehelai
Didalam keadaan majoriti netizen merungut kononnya ekonomi negara merudum dan juga kehidupan di Malaysia semakin terhimpit kerana cukai GST dan juga harga minyak yang membebankan, rupanya semakin ramai rakyat Malaysia yang mampu berbelanja mewah untuk membeli barangan keperluan yang bernilai tinggi.
Persoalannya, benarkah ekonomi di negara kita ini semakin teruk dan juga kualiti kehidupan didalam negara ini semakin menurun? Ataupun mereka-mereka yang sering merungut didalam laman sosial itu yang tak tahu untuk berusaha meningkatkan kualiti hidup?
Apapun, ikuti pengalaman dari Hazrezal Ahmad yang mengagumi rakyat Malaysia yang mampu membeli tudung yang berharga ratusan ringgit di Pavilion, Kuala Lumpur.

“Semalam aku pergi ke butik dUCk Scarf di Pavilion KL.
Aku pergi sbb nak belajar ttg brand mereka.
Masa aku sampai, berderet manusia beratur. Mereka beratur sbb nk beli tudung yg ada design world map. RM300 selai.
Aku masuk dan melihat sendiri semua koleksi tudung.
Aku pegang scarf yg viral baru2 ni, selai RM800 sold out dalam 5 minit katanya. Bila pegang mmg ada rasa karen.
Hampir sejam aku kat situ, sentiasa ramai je org yg beratur.
Mula2 aku ingat nk masuk butik kena beratur sbb kedai kecik takut sesak kat dlm tu nnt.
Rupa2nya bukan.
Kalau takat nk tgk2 saja kau tak payah beratur, kau boleh masuk je terus macam aku buat.
Yg beratur ni adalah org yg sedang menunggu giliran utk beli design tudung world map RM300 tu.
Rasa lebih 200 pcs terjual kot smlm.
Bangsa2 lain yg lalu pula semua kehairanan kedai apakah ini.. Duck? Sambil blurr melihat org beratur panjang.
Butik Salvatore Ferragamo atau Burberry yg berhampiran pun krik krik krik saja.
Begitulah bila kita fahami direction brand yg kita nak bawa.
Bukan sbb nak dpt duit jadi kaya mati lambat, tapi sbb PASSION & BELIEF.
Melalui 2 benda ni, kita boleh lahirkan fans yg setia dgn kita.
Cukup la takat tu. Aku cerita panjang2 bkn korang minat pun.
–  Hazrezal Ahmad
Previous
Next Post »
loading...