Mengapa Korea Utara Mahu Jong-nam Mati?

ISNIN lalu, Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, berada di Klia2 pada pukul 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau, China apabila seorang wanita dikatakan menghampirinya sebelum menerkup mukanya dengan kain mengandungi cecair beracun.
Jong-nam, yang menggunakan nama Kim Chol, dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
Korea Selatan telah menggelarkan pembunuhan ini sebagai “satu bentuk keganasan” dan menyatakan secara terbuka bahawa ia dilakukan oleh kerajaan Korea Utara.

Mengapa Korea Utara Mahu Jong-nam Mati?
Sekurang-kurangnya lima warga negara komunis itu telah ditahan untuk disiasat oleh polis Malaysia.
Namun, mengapa Pyongyang mahu membunuh salah seorang ahli keluarga dinasti kepimpinannya?
Menurut penganalisis, ia mustahil untuk ditentukan namun perselisihan faham dengan sekutu dan jirannya China, serta pergaduhan antara adik-beradik mungkin menjadi punca utama.
Pergeseran dengan China?

Mengapa Korea Utara Mahu Jong-nam Mati?
HUBUNGAN DIPLOMATIK ANTARA  CHINA-KOREA UTARA SEMAKIN TEGANG AKIBAT POLISI SENJATA NUKLEAR NEGARA KOMUNIS ITU.

Pada tahun 2001, Jong-nam telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Tokyo, Jepun bersama-sama dua orang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki yang dikenal pasti sebagai anaknya.
Alasannya ke Jepun adalah….,“Hanya mahu pergi ke Disneyland.”
Insiden itu memalukan bapanya, Kim Jong-il dan peluang Jong-nam untuk menggantikan tempat ayahnya sebagai pemimpin Korea Utara hancur serta-merta.
Dia kemudiannya dibuang negara dan menetap di Macau.
Semasa hayatnya, Jong-nam selalu melawat China dan mengekalkan hubungan rapat dengan Beijing melalui bapa saudaranya, Jang Song Thaek yang pada ketika itu merupaka orang kedua paling berpengaruh di negara itu selepas kematian Jong-Il pada tahun 2011.
Menurut seorang sumber, Song Thaek merupakan ‘rakan baik’ China di Pyongyang dan itu yang membuatkan lelaki itu dihukum mati.
Malah, semasa hayatnya Song Thaek menyediakan bantuan kewangan kepada Jong-nam dan kedua-duanya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan China sehinggakan Jong-nam mendapat perlindungan daripada negara tersebut.
Jika Korea Utara mengakui bahawa mereka menjadi dalang pembunuhan Jong-nam, ia hanya akan mengurangkan kepercayaan China terhadap rejim pimpinan Kim Jong-un.
Jong-nam menyokong agar Korea Utara melakukan reformasi dalam sistem pemerintahannya dan secara terbuka mengesyorkan agar Pyongyang mengikut jejak langkah China.
China merupakan satu-satunya sekutu Korea Utara, namun hubungan dua-hala kedua-dua negara itu semakin menegang gara-gara Pyongyang secara agresif meneruskan program nuklear mereka di kala sekatan antarbangsa (yang disokong Beijing) dilakukan.
“Korea Utara menghapuskan semua golongan pro-China, meskipun pembunuhan Jong-nam ini sesuatu yang amat kejam sekali,” kata seorang sumber.
Perebutan kuasa?

Mengapa Korea Utara Mahu Jong-nam Mati?
GAMBAR KELUARGA JONG-NAM BERSAMA AYAHNYA, KIM JONG-IL, SEMASA DIA BERUSIA 11 TAHUN.

Diketepikan selepas bapanya meninggalkan ibunya untuk menjalin hubungan dengan seorang penari, Ko Yong Hui pada tahun 1970an, pada satu ketika Jong-nam pernah menjadi pesaing terdekat adik tirinya untuk merebut takhta bapa mereka.
Bagaimanapun, perlantikan Jong-un berjalan dengan lancar seperti yang dijangkakan, dan tidak lama selepas itu dia mula menunjukkan ‘taringnya’ menerusi kempen kezaliman yang melibatkan tindakan keras dan hukuman mati.
Sepanjang 6 tahun pemerintahan Jong-un, dianggarkan 340 orang yang telah dijatuhkan hukuman mati, menurut seorang sumber daripada kerajaan Korea Selatan.
Namun, ia tidak dapat dipastikan sama ada Jong-nam mempunyai keinginan untuk menggantikan ayahnya, apatah lagi merampas kuasa adik tirinya itu.
Menerusi beberapa temu bual bersama Yoji Gomi, penulis buku biografinya berjudul ,“My Father, Kim Jong Il, and Me,” Jong-nam mengkritik sistem perwarisan kuasa dan mencadangkan reformasi ekonomi dan politik di Korea Utara.
Dalam perbualan bersama bekas pegawai tinggi Pertubugan Bangsa Versatu (PBB) Elisabeth Rehn, anak lelaki Jong-nam, Kim Han Sol berkata bahawa ayahnya “tidak berminat dalam dunia politik.”
Sebarang rancangan yang munasabah untuk menggulingkan Jong-un memerlukan sokongan daripada China, dan merupakan sesuatu yang mustahil telah dirancang sejak tahun 2011.
“Ianya tidak masuk akal untuk China menjalankan konspirasi politik terhadap Jong-un dan mempertaruhkan hubungan antara China dan Korea Utara apabila kebarangkalian untuk Jong-nam merampas takhta adiknya itu teramatlah nipis,” kata salah seorang kakitangan di Pusat Polisi Global Carnegie Tsinghua di Beijing, Zhao Tong.
Persengketaan Adik-Beradik

Mengapa Korea Utara Mahu Jong-nam Mati?
PEGAWAI KERAJAAN KOREA SELATAN MENUDUH KOM JONG-UN SEBAGAI DALAM PEMBUNUHAN JONG-NAM.

Dilahirkan semasa Jong-nam belajar di luar negara dan dibesarkan oleh seorang ibu yang melihat keluarga pertama suaminya sebagai pesaing anak-anak lelakinya sendiri, Jong-un tidak pernah mempunyai hubungan rapat dengan abang tirinya.
Malah, kedua-dua adik beradik tiri itu juga tidak pernah berjumpa antara satu sama lain!
Ini tidak menghalang Jong-nam daripada mengkritik Jong-un secara terbuka dengan mengatakan bahawa adiknya itu terlalu lemah untuk mengekalkan kawalan terhadap negara mereka dan merupakan boneka kepada ‘orang-orang tua’ di dalam rejim tersebut.
Kritikan seperti itu tidak begitu disengangi oleh Pyongyang, yang lazimnya memberi respon marah terhadap sebarang kritikan terutamanya daripada luar negara.
Rancangan untuk membunuh Jong-nam telah dilakukan sejak lima tahun lalu, menurut sumber yang bekerja dalam kerajaan Korea Selatan, Lee Cheol-woo.
Seorang lelaki Korea Utara yang dipenjarakan kerana mengintip Korea Selatan pada tahun 2012 dilaporkan mengaku dia telah diarahkan untuk membunuh Jong-nam.
Menurut seorang lagi pegawai kerajaan, Kim Byung-kee, Jong-nam telah menulis sepucuk surat kepada adiknya pada thaun 2012, menuntut belas agar nyawa dia dan keluarganya tidak ditamatkan.
Kata Zhao, kematian Jong-nam menjadi satu situasi yang janggal buat Korea Utara kerana berita pembunuhan itu hadir di saat negara itu dilanda kontroversi akibat kedegilannya untuk meneruskan program nuklear mereka.
“Mungkin Jong-un sendiri mengarahkan agar agensi perisikan Korea Utara menjejaki abang tirinya, namun kemungkinan juga dia tidak secara langsung mengarahkan agar lelaki itu dibunuh– terutama sekali pada masa seperti ini.”-CNN/MYNEWSHUB.CC/SK
loading...