Pedas jugak sindiran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar terhadap Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ni. Ingatkan lepas jumpa hari tu perang mulut antara dia individu veteran ni dah berakhir…, Rupanya ada sambungan lagi.
Mahathir sepatutnya rasa malu apabila dikritik Sultan Johor agar tidak terus melakukan perkara yang boleh memecahbelahkan rakyat Johor. Malah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) juga dinasihatkan supaya tidak tunjuk pandai dan tak payah susah-susah nak sekolahkan rakyat negeri itu.
Tambah Sultan Ibrahim, pemimpin luar yang dah nyanyuk tu tak perlu lagi mengganggu kehidupan rakyat yang sudah sekian lama hidup dalam keadaan harmoni dan selesa. Sedar diri bahawa zamannya sudah lama berlalu.
Tegasnya, dahulu Mahathir sendiri pernah melabelkan orang Melayu sebagai bangsa mudah lupa. Tapi hari ni dia sendiri membuktikan bahawa kata-katanya itu adalah benar apabila dia sendiri alami penyakit pelupa.
Sultan Ibrahim yang sezaman dengan Mahathir pun masih lagi ingat dengan kata-kata orang tua nyanyuk itu yang menyifatkan pembangkang sebagai musuh ketat. Namun kini slumber je Mahathir duduk semeja dan jadi kawan baik pembangkang.
Tegas Sultan Ibrahim lagi, sebenarnya Mahathir bukan pelupa tapi dia sendiri dah nyanyuk akibat faktor usia. Kalau dia tak nyanyuk tak kan la dia nak kritik projek berkaitan syarikat China di Johor, terutama Forest City di Iskandar Malaysia tu.
Tergamak Mahathir menuduh projek tersebut khas untuk warga China dan 700,000 penduduk negara itu bakal berhijrah dan mungkin diberi kewarganegaraan jika tinggal lama di sana.
Kata-katanya itu mengguris hati dan menyinggung perasaan Sultan Ibrahim…, Malah sultan turut menyifatkan tuduhan tersebut sebagai memainkan politik ketakutan dan perkauman.
Walau bagaimanapun, sebagai sultan baginda akan tetap mempertahankan kedaulatan negerinya meski dicemuh pemimpin nyanyuk seperti Mahathir. –TiraGomez/UtaraNews.com