Jangan biar orang tidak dikenali dukung anak kita

Amalan syirik seperti membela ‘saka’ ini memang ditegah dalam agama Islam. Perkara syirik seperti ini seharuskan tidak di amalkan setiap orang beragama Islam.
Tetapi, apa yang dilarang itulah yang ingin dilakukan oleh manusia. Tidak mahu tidak pasti ada juga individu yang akan mengamalkan ilmu syirik itu Semua pasti pernah terdengar tentang ‘saka’.
Suatu ketika dahulu ‘saka’ yang dibela seseorang ini memang cukup ditakuti. Apabila tuan sudah nazak pasti ‘saka’ ini dikatakan mahu mencari tuan baru. Ahli keluarga yang terdekat terpaksa mengambil tugas menjadi tuan baru pada ‘saka’.
Jangan biar orang tidak dikenali dukung anak kita
Tetapi, ada yang tidak mempercayai ‘saka’ ini dan menganggap perkara ini sesuatu yang remeh. Tetapi, tular di media sosial apabila seorang wanita berkongsi anak berusia dua tahun hampir menjadi mangsa seorang ‘mak cik’ melepaskan ‘saka’ belaannya pada anak wanita itu.
Kejadian itu berlaku di sebuah hospital yang di rahsiakan namanya. Di tempat awam, ‘mak cik’ yang tidak dikenali menyapa mereka dan tidak semena-mena telah mendukung anaknya dan sambil mendukung ‘makcik’ itu kelihatan seperti membaca sesuatu pada anaknya.
Tidak lama selepas ‘mak cik’ itu mendukung dan membaca sesuatu pada anak wanita itu. Anak wanita itu mengamuk dan meracau-racau di dalam hospital. Kudrat anak kecil itu meronta-ronta sehingga kekuatan orang dewasa juga kalah untuk melawannya.
“Anak yang berusia 2 tahun kena scan, jadi doktor cadang makan ubat tidur untuk senang doktor nak periksa. Selepas makan ubat tidur, saya dan suami duduk di kerusi kosong bersebelahan dengan seorang makcik ini dan makcik itu pun berkenalan dengan saya. Macam-macam yang dia tanya termasuk hal peribadi. Rasa menyampah pun, tetapi disebabkan tiada kerusi kosong yang lain, terpaksa juga duduk di situ dan melayan makcik janda anak dua orang itu.
“Selepas makan ubat, anak dah hampir tertidur sambil didukung oleh suami. Tiba-tiba makcik itu berdiri dan terus merampas anak dari tangan suami kononnya nak memujuk. Tercengang kami dibuatnya sebab tidak pernah orang rampas anak kami seperti itu. Suami saya ini pula jenis peramah dan berikan saja kepada makcik itu.
“Saya beritahu suami agar dia mengekori makcik itu. Saya ternampak mulut makcik itu terkumat kamit membaca sesuatu kemudian dihembus di kepala anak kami. Saya dah mula rasa tak sedap hati.
“Masa dia bagi anak pada suami, saya tengok muka dan mata makcik itu lain. Saya perasan bila saya tenung dia, dia buat-buat tengok telefon. Selepas itu anak saya mengamuk teruk dan meracau-racau dalam hospital. Kami pun kalah, memang kuat kudrat dia. Macam tak percaya sebab anak kami tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini. Doktor terpaksa beri ubat tidur untuk kali kedua. Itupun anak masih mengamuk sehinggalah dia tertidur sendiri,” tulisnya.
Risau melihat keadaan anaknya tu wanita itu telah pergi mendapatkan rawatan Pusat Perubatan Islam. Segalanya telah diceritakan pada ustaz, apabila di rawat ustaz berkata ada ‘benda’ ikut anaknya dan ‘benda’ itu bertuan seperti ‘saka’.
Wanita itu sendiri akui terkejut kerana tidak menyangka cara seperi ini boleh digunakan untuk melepaskan ‘belaan’. Wanita itu juga menasihati ibu bapa untuk sentiasa berhati-hati apabila ada orang tidak mengenali cuba mendekati anak-anak anda.
Manusia ini tiada siapa yang tahu, rambut sama hitam, hati lain-lain. Sebaiknya ibu bapa berhati-hati supaya perkara yang tidak diingini akan berlaku. Sesungguhnya berpeganglah pada agama dan sentiasa mengamalkan ayat-ayat suci Al-Quran supaya diri dan keluarga dihindari perkara-perkara tidak elok. MissA/UtaraNews.com
Previous
Next Post »
loading...